Pages

Thursday, February 16, 2012

aku,usim dan ktm

ni cerita semalam,maaf sebab tak berapa up-to-date punya cerita,.lagipun semalam kan rabu,
so mestilah para bloggers semua kena post gambar-gambar kan,so kalau nak cerita panjang-panjang
tunggulah hari lain,jangan kacau wordless and mindless wednesday.

semalam awal-awal pagi lagi,( anda kena jelas pagi bagi siddiq ketika waktu cuti ialah pukul berapa), perjalanan ke usim yang terletak di bumi nilai yang barakah pun bermula. maklum lah kereta semua lesap,sapa yang bangun awal merasa la guna kereta,ini ialah pepatah rumah ini ya semua. berbekalkan mentos dan air spritzer yang menjadikan jumlah kesemuanya rm3.90 ,maka bermulala perjalanan dengan bus ke ktm kajang.perjalanan tidak mengambil masa yang panjang kerana bus awam ni tak macam bus usim di mana pemandu bus usim suka mencuri tulang  anjing.

setibanya di ktm kajang,perkara pertama yang harus dibuat ialah membeli tiket dan melalu pass-through- machine yang sepatutnya  dinamakan malfunction-pass-through-machine. pelik sungguh ada mesin tak berfungsi,nampaknya inilah dikatakan sekadar ada teknologi dah cukubbb.kemudian macham biasa menaiki ktm straight to nilai yang terchenta.sepanjang perjalanan duduk di atas kerusi sambil melihat aksi seorang budak perempuan memakai baju putih bertudung dan kain biru beserta beg ringan,hebat sungguh budak ini,awal ke sekolah..(senyum sinis),.hewhewhew.

selepas tiba di ktm nilai,macham biasa,akan menunggu bus mini yang tak berhawa dingin tapi dah 30 minit tak sampai-sampai.tiba-tiba sahaja perut memulas dan sejurus selepas itu ke tandas awam.(kena bayar 30sen tau).sungguh tak ku sangka tandas yang kena bayar30 sen rupanya sangat dhaifff,..cermin ada satu,tu pun retak,sinki ada 3,dan pintu tandas semua berlubang,maka niat untuk membuang hajat terpaksa di tahan kerana tidak sanggup untuk membuang masa dan hajat di tempat sebegini.dan yang paling penting rubber tube yang memang tiada,so faham-faham je lah macham mana nak basuh kan,.=.=.oh tidak lupa nombor telefon gay boy and call boy bersepah-sepah di dinding,sapa-sapa nak nombor tu habaq kat cheqqq,..boleh cheq datang sini salin.
#ini sahaja bahagian tandas yang sedap mata memandang

tanpa berfikir panjang terpaksa lahh mengambil teksi yang mahal,alang-alang caj teksi semua sama jadi kenalah memilih teksi yang terbaik,jadi cheqq pon decide mengambil yang proton waja (kalau ada innova macham kat KLIA ,dah lama aku amek),.jadi kami terus ke usim.jalan ke usim sangat lengang,dan kelihatan beberapa belukar telah terbakar,nampaknya musim panas di usim agak berlainan dengan di kajang,.kemudian cheqq pon sampai di hadapan bangunan fakulti ekonomi dan muamalat yang tersenggam indah,macham biasa caj teksi agak mahal,.burn 15 hinggit begitu sahaja.panjat bangunan fakulti ke tingkat 4,maklum lah usim tak bagi student pakai lif,biar staf sahaja yang pakai,memang agak semput lah bila sampai kat tingkat atas.cakap lah kepada kerani nak surat tut tut,kemudian dia suruh tunggu sebentar,then dia datang cakab kena pergi ke HEP,.cheqqq rasa macham oh-em-jay ,agaknya tak de yang lagi dekat kah,.=.=,nampaknya kenalah turun tangga 4 tingkat fem dan panjat bukit perpustakaan dan melalui belukar canselori ke HEP,ya HEP memang jauh.
 #library(brown),ptm(red),canselori (blue)
 #our faculty's landscape
 #hey there,our library
#canselori

lepas sampai HEP mintalah surat dekat akak kerani,dia cakap kena tunggu sampai petang,macam biasa guer tak boleh bersabar dan cakap,."kak,saya dari terengganu ni,lepas ni nak balik sana balik",.jadi akak tu cakap",kalau macam tu kena tunggu kejap lagilah dik".ok kelihatan usaha menipu sunat telah berjaya.sementara tunggu akak tu ke pejabat ketua HEP,aku pun ke tandas HEP yang jauh berganda cantik dari tandas kat ktm nilai.jadi hajat pon tercapai dan segala pun selesai.balik singgah kejap kat metro kajang guer beli printer baru,murah gak la,dan sangat berbaloi untuk student bajet banyak ASSignments macam aku.huhu
 #HEP's facade
 #me after buang hajat

# our main graduation hall is still under construction 
 #our faculty ,.the view from library
 #the empty road,u may nap anywhere u want
#new printer and ties 

sekian sahaja kisah aku,usim dan ktm.hope u 'll enjoy when read it.

2 comments:

  1. Cis, mengaku orang Terengganu! HAHA.
    Tapi kengkadang mmg nak kena buat cerita sikit, kalau tak dia buat kerja lambat. Haih.

    ReplyDelete
  2. haha,tak kan lah nak mengaku org K kot,x sanggup aku,.lol,.tau x pe,.x sanggup aku dok melangok sampai k petang

    ReplyDelete