mula-mula hendaklah beritahu bahawa guer ada terdengar sesetengah manusia mengatakan seolah-olah
aku ni sangat lah berlagak dan tidak cukup zuhudnya, terutama ketika guer mendapat keputusan yang agak
cemerlang.
rasa-rasanya,guer tak de lah suka mana pun menaip doa kesyukuran panjang-panjang ,berjelar-jelar
dalam facebook sebab guer tak berapa suka sangat dunia facebook.Tambahan pula dunia facebook
amatlah menjengkelkan bagi guer,jadi guer meluahkan di twitter sebab twitter lebih kepada tempat untuk
menunjukkan perasaan guer.Anda haruslah faham,sebenarnya guer tiada teman tempat untuk mengadu,sebab tak de siapa pun yang sudi menjadi tempat aduan guer. kawan-kawan semua seumpama sudah melupakan guer,T_T
Dan kawan-kawan di universiti ni lebih kepada rakan seperjuangan untuk berjaya,untuk berkongsi masalah rasanya mereka sangatlah tidak sesuai. nak mengadu kepada ibu bapa,rasa-rasa usia dah semakin lanjut,dan sensitiviti terhadap perasaan pun semakin pudar.jadi di twitter seolah-olah guer meluahkan perasaan sendiri dan kelihatan ia nya ditampilkan dalam bentuk visual.Jadi agak berpuas hati lah bila berbuat sedemikian.
berbalik kepada cerita asal, anda tak seharusnya menilai seseorang dengan cara sebegitu melainkan ada bukti,Jika bukti berbentuk ekspresi muka,memang anda gagal,sebab guer tak boleh membuat ekspresi muka yang mampu memuaskan hati orang.guer pun tak tau kenapa,mungkin atas faktor tekanan hidup maka ekspresi wajah pun kelihatan sangat tertekan ,dan bila senyum maka kelihatan seperti senyuman palsu yang diukir dengan urat-urat tegang dan tidak elastik.
Maka,dengan sebab sebegitulah pelbagai spekulasi pihak lain buat dan mangsanya guer.
Dan lagi satu,guer tak suka status seolah-olah mengutuk manusia bemarkah tinggi semata-mata untuk memuaskan hati anda.Jadi ini tidak panggil mutually-understanding,dan ia nya juga bukan win-win situation.Dan lagi satu,kenapa anda suka buat sesuatu yang menampakkan yang anda ni loser??masalah kamu ni.
p/s: guer dah ada dua orang rakan yang sudi berjalan-jalan dengan guer untuk pulang ke kolej kediaman dengan berjalan kaki.Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment